8 Sebab untuk Dapatkan Honor 8

Sekarang ini terdapat pelbagai jenama telefon pintar yang berada di pasaran dengan pelbagai reka bentuk dan dilengkapi dengan ciri ciri yang menarik. Sebagai seorang blogger dan peniaga online, Mimi sangat menitik beratkan beberapa ciri dan fungsi yang terdapat pada sesebuah telefon pintar supaya memudahkan segala urusan kamera, bateri, kapasiti dan beberapa ciri yang lain.

Sebenarnya, Mimi sedang survey beberapa telefon pintar untuk menggantikan Note 2 Mimi yang semakin dimamah usia 😂😂😂😂😂 di mana skrin Note 2 Mimi retak seribu 😢😢😢😢. Salah satu telefon pintar yang menarik minat dan buat Mimi jatuh hati ialah Honor 8. Kenapa mesti nak jatuh hati dengan Honor 8? Jom baca 8 Sebab untuk Dapatkan Honor 8 ini.


1) Reka bentuk yang menawan

Reka bentuk Honor 8  yang menawan serta ringan memudahkan untuk dibawa ke mana mana. Penampilan Honor 8 yang kelihatan seperti Honor 6 dan Samsung Galaxy S7 serta glass-backed design menyerlahkan lagi gaya mewah serta menawan hati membuatkan si pemilik telefon pintar ini kelihatan bergaya dan sofistikated apabila menggunakannya. Memang Mimi jatuh hati lah dengan Honor 8 💖💖💖 Kalau Mimi guna Honor 8 confirm ramai yang terpegun kan? Kan? Yalah, nampak bergaya dan sofistikated gitu 😄😄😄😄. Honor 8 juga nipis dan ringan mudah dan senang sumbat dalam beg kan. Mimi memang suka telefon yang nipis dan ringan sebab nampak ekslusif sangat.

2) Bateri tahan lama

Hahhhh bab bateri paling Mimi utamakan sebab apa? Sebab selama 16 jam sehari Mimi memang sentiasa menghadap telefon. Waktu malam dari jam 10 malam sampai 6 pagi saja tak hadap telefon sebab waktu tidur..hahaha 😀😀😀. Mimi selalu online Blog, Facebook, Instagram, Whatsapp dan yang penting Mimi kaki games okey. Jangan tak tahu Mimi layan Clash of Clan (COC) tau. Kerjaya Mimi sebagai Penolong Akauntan, blogger dan peniaga online memang menuntut masa Mimi untuk online sentiasa. Masa Mimi diisi dengan mencari maklumat di Google, update status dan produk di media sosial serta meluangkan masa bermain game. Jadi, ketahanan bateri sesebuah telefon pintar itu sangat Mimi titikberatkan. Bayangkan tengah syok syok cari maklumat atau update status dan produk di media sosial atau tengah syok layan game sekali bateri habis..Mahu bertukar jadi Hulk Pink jawabnya 😆😆😆 Tapi dengan adanya Honor 8 semua itu bukan lagi jadi masalah besar bagi pengguna macam Mimi kerana ketahanan baterinya sehingga 1.77 hari untuk penggunaan biasa dan 1.22 hari untuk penggunaan telefon yang aktif dan kerap.

3) Kamera berkapasiti tinggi

Sebagai seorang blogger kamera yang menghasilkan gambar yang berkualiti dan berkapasiti tinggi menjadi pilihan utama. Apa guna ada kamera di depan dan belakang jika kapasitinya rendah dan menghasilkan gambar yang tidak jelas dan bila di zoom gambar jadi pecah. Betul tak? Salah satu sebab buat Mimi terjatuh cinta tanpa sengaja dengan Honor 8 ialah gambar yang diambil menggunakan kamera Honor 8 tersangatlah cantik. Speechless tengok gambar yang dihasilkan. Bila zoom masih nampak cantik dan jelas. Sangat sesuai lah orang yang suka berselfie, wefie macam Mimi guna Honor 8..Confirm gambar nampak cantik macam retis Korea..😘😘😘 



4) Pilihan warna yang memukau

Honor 8 tampil dengan empat pilihan warna yang memukau iaitu hitam, putih, emas dna biru. Warna hitam, putih dan emas merupakan warna yang menjadi pilihan utama telefon pintar yang berada di pasaran. Warna biru pun ada juga tapi jarang jarang kita lihat. Tapi Honor 8 ada warna biru yang super awesome lah! Nampak ekslusif sangat 💖💖💖. Jikaa diberi peluang menggunakan Honor 8 memang warna biru jadi pilihan utama tau. Nampaklah Mimi seorang wanita berkerjaya yang sofistikated dan trendy gitu bila guna Honor 8 warna biru 😄😄😄Perasan!!!

5) Performance yang pantas, cepat dan mudah

Memiliki sesebuah telefon pintar, pantas, cepat dan mudah menjadi pilihan utama Mimi. Honor 8 memenuhi kriteria yang Mimi inginkan. Tak perlu risau bila online jadi lambat atau telefon jammed. Bila kita buka sesuatu aplikasi atau melayari web ia menjadi sangat pantas, cepat dan mudah. Tak buang masa kita dan membazir data internet. Jatuh cinta berkali kali dengan Honor 8 nih. Kenapa lah awak nih awesome sangat Honor 8?😍😍😍

6) Audio yang jelas

Kadang kadang bila bosan online media sosial, Mimi gemar layan lagu atau menonton video. Jadi, audio bunyi yang jelas sangat penting bagi Mimi. Kalau telefon pintar nampak cantik tapi audio failed tak guna juga kan. Audio Honor 8 dijamin terbaik dan jelas tau...Puas hati kalau layan lagu  atau tonton video waktu bosan melanda diri...hehehe😆😆😆Taklah terasa diri macam pekak sebab tak dengar dengan jelas.

7) Paparan skrin yang luas dan resolusi tinggi

Ini merupakan satu lagi ciri yang Mimi titikberatkan. Paparan skrin yang luas dan mempunyai resolusi yang tinggi. Al maklum sajalah, sejak memegang title "Wanita Rabun Jauh", paparan skrin yang luas sangat penting bagi Mimi. Bila skrin luas rasa puas hati sebab dapat lihat dengan jelas walaupun skrin jauh. Tak payah nak tengok dekat sangat kan. Skrin luas sangat membantu orang yang rabun jauh macam Mimi. Bila online Facebook ke Instagram ke puas hati sebab semua akan nampak jelas.😙😙😙

8) 3D Fingerprint Scanner

Honor 8 memiliki fingerprint scanner yang terdapat di belakangnya. Dengan meletakkan fingerprint di scanner tersebut, telefon pintar kita akan locked sepantas 0.4 saat. Jadi, tak perlu risau orang lain stalk telefon pintar atau curi curi tengok segala rahsia dalam telefon. Part yang ini memang Mimi suka sebab memudahkan kerja. Sepantas kilat telefon locked bila tidak menggunakannya. Tak payah buang masa nak design pattern atau password bagai nak locked telefon kan seperti yang terdapat pada telefon pintar lain. 👍👍👍



"Kalau Mimi ada rezeki dan diberi peluang memenangi Honor 8 ini, silalah hadiahkan Honor 8 warna biru please...🙏🙏🙏 Sebenarnya nak warna pink tapi pink tiada. Andaikata warna Pink tiada, warna biru yang super awesome tuh pun boleh juga 😘😘😘. Warna biru Honor 8 memukau mata yang memandang. Sesuai dengan tagline 'Beauty in Your Own Way' pasti Mimi akan kelihatan lebih bergaya,anggun dan cantik dengan cara tersendiri bila menggunakan Honor 8📱📱📱"



Kini Honor 8 boleh didapati di Lazada. Klik sini < http://ho.lazada.com.my/SHHz1w > untuk dapatkannya sekarang!

Lazada's My Cybersale is happening on 26 - 30 Sept. Check it out!




Post a Comment

1 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com